ok, hari nie nak bagi tips sikit pasal muka.
semua orang mesti pernah mengalami kulit muka terbakar sbb tersalah pakai produk penjagaan muka. betul x? n orang pasti akan cakap 'weyh, kulit ko merah dowh. macam kena bakar jewh. buat bbq bleh nie" hahah. tipu je x ade la sampai kena buat bbq.saya selalu kena sbb saya sering menukar2 produk penjagaan muka. sbb kebanyakan yang saya guna semua x sesuai. nnti mula la muka macam kena panggang. merah nak mampos. nak keluar rumah pown malu. tapi terpaksa jugak keluar sbb kena pergi sekolah.nak kata kulit sensitif maybe kot. saya dah banyak menghabiskan duit untuk beli pencuci muka n krim2 penjagaan muka. myb dh beratus2 kot. semua produk yang saya pakai selamat, selamat sampai ke tong sampah rumah saya. bila dah macam tu rasa menyesal pown ade. sbb banyak menghabiskan duit. rasa macam menbazir jewh. tapi rasa menyesal tu kejap je. sbb nnti buat lg. beli produk yang bukan2 lg. ape nak jadi la kat diri nie. cuba nasihat sikit. hehehe.
ok2, bila kulit saya terbakar n dah merah padam macam sepanjang hari berjemur kat tengah padang pasir. saya akan buat mask sendiri.
bahan2nya
- beras. sikit jewh x payah banyak2. ( x kesah la jenama ape pown)
- air
- lesung batu.
cara-caranya
- basuh beras ( buat macam selalu kita nak masak nasi tu. tapi cuci satu kali jewh)
- lepas itu rendam beras yang sudah dibasuh tadi di dalam air.
- biarkan selama 20-30 minit.
- selepas itu letak beras yang sudah direndam tadi ke dalam lesung batu.
- tumbuk sehingga beras menjadi halus.
- letak sedikit air
- sapu beras tersebut ke muka. macam pakai bedak sejuk.
- biarkan ia kering.
- bilas muka anda mengunakan air biasa.
p/s : buat sekali jewh. sbb kalau ia dipakai lebih 2 kali dalam 1 masa akan membuat kulit anda mengelupas. selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan